Ahad, 18 September 2011

Resepi Pla Rad Prik (Ikan Sos Cili), FRIED FISH WITH chili SAUCE


        kali ini kita nak masak resepi pla rad rrik (ikan sos cili), resepi pla rad prik ni satu masakan yang sangat popular di thailand, menu ini biasa dimakan kira-kira 2-3 kali dalam seminggu, kerana cara masaknya mudah, tidak banyak bahan-bahan yang dignunakan. so kita melukan.






Bahan - Bahan :


-  1 ekur ikan Tilapia atau Ikan siakap  berat kira-kira 400-500 gram (ikan apa-apa saja pun tak pa)
-  1 sudu besar air asam jawa
-  3 sudu besar gula
-  1 biji bawang merah (ditumbuk )
-  2 ulas bawang putih (ditumbuk )
-  3 pohon ketumbar (ambil duan saja untuk menghiasi)
-  2 sudu besar sos ikan
-  3 biji lada besar (duhiris nipis sikit-sikit)



cara memasak :


goreng ikan :


1- hiriskan di tepi ikan untuk dagingnya masak merata.


2. Panaskan minyak (lebih kurang 1 / 2 cawan atau mencukupi untuk tenggelam ikan) dalam kuali, dengan mengguna api  rendah.ikan digoreng kedua-dua belah hingga garing (Sebelah mengambil masa kira-kira 10 minit).semasa menggoreng  jangan balik-balik ikan kerana daging ikan akan telucut dan nampak tak selera.


3. apabila bahagian pertama sudah masak, balikan ikan ,tapi kali ini masa untuk goreng tak sama dengan yang pertama (Ia mengambil masa kira-kira 5 minit saja). dan apabila masak sepenuhnya, keluarkan ikan dan letakkan di atas kertas meresap minyak. kemudian diletak dalam pinggan.


Petua :  Untuk mendapatkan ikan yang lebih garing, ambil ikan yang digoreng tadi  masuk kedalam oven pada suhu 350 darjah Fahrenheit (~ 175 darjah Celsius) selama 10 minit.


sos menuang keatas ikan :


1. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam kuali. dengan mengguna api rendah. Kemudian tumiskan lada, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga sebati.
2. masukan jus asam jawa, sos ikan, gula dan air satu sudu besar, kacau sehingga mendidih, masukkan sedikit air jika terlalu pekat. rasanya patut merasa manis, pedas, dan masam sama-sama.
3. apabila mendidih Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. dimakan dengan nasi panas-panas.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes