Memaparkan catatan dengan label Rebus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rebus. Papar semua catatan

Sabtu, 17 September 2011

Resepi tomyam udang kuah pekat (delicious Thai Condensed Shrimp Soup Recipe )



           selapes saya sudah ajar resepi tomyam yang dulu , tapi itu toyam kuah jernih saja, yang saya nak ajar kali ini iailah toyam kuah pekat, tomyam kuah pekat ini agak berbeza sikit dengan tomyam kuah jernih kerana dimasukan susu dan pes cili ,nak tahu tak ?rasa berbeza macam mana tu anda kena coba buat sendiri lah he2.






Bahan - Bahan :


-  2 pokok serai.
-  1 cm halia
-  1 pokok ketumbar.
-  5 biji cili padi.
-  5 daun limau purut.
-  1 sebuah Tomato.
-  5 keping Cendawan jerami .
-  5 keping cebdawan tiram.
-  10 ekur Udang.
-  1 sudu besar pes cili.
-  2 sudu besar Jus lemon .
-  1 sudu besar setengah sos ikan.
-  1 senduk susu
-  1 liter air.



cara memasak :


1 -


- Langkah pertama  ambil serai dan ketukan sedikit kemudian dipotong  kira-kira 1 inci. lepastu hiriskan halia menjadi kepingan kira-kira 5-7 keping (tak tebal sangat pun tak pa). dan daun Ketumbar dihiris halus, tapi akar ketumbar diketuk sedikit. 5 biji cili padi pun sama  juga diketuk, tomato dipotong empat, cendawan jerami dipotong dua, cendawan tiram dikoyak dua,dan daun limau purut dikoyak empat,kemudian bersihkan udang, buang kulit ,buang urat hitam diatas belakang( ikur tak kena potong untuk kecantikan). tapi ingat semua sayur-sayuran perlu dibersihkan dulu sebelum dipotong.

2 - 

- Langkah kedua. isikan air 1 liter dalam periuk dan panaskan periuk dengan mengguna api kuat, lepas tu masukan serai yang teleh diketuk dan halia yang telah dihiriskan tadi dan masukan akar ketumbar yang telah diketuk bersama juga. dan apabila air mendidih masukan kedua-dua jenis cendawan besama dengan udang, tunggu sampai air mendidih pula. apabila air mendidih samarkan api menjadi sederhana, masukan perasa yang disediakan, sos ikan ,jus limau nipis, kacau sati kali, kemudian masukan pes cili ,kacau merata lepas tu kuatkan api sekali lagi ,masukan tomato, cili, daun limau purut, dan apabila air mendih tutupkan api selalu.kemudian masukan sesenduk susu beransur-ansur dan mengacaukan sekali lagi, kemudian angkat periuk tungkan kedalam mangkuk tabur dengan duan ketumbar.akhir sekali makan lah he2, makan bersam nasi panas sedap sekali.

Jumaat, 16 September 2011

resepi tomyam cara masak toyam (delicious Thai Shrimp Soup Recipe)

resepi tomyam



                As'kum,anda rasa nak makan tomyam tak?  kalau nak,hari ni saya nak ajar cara masak tomyam udang, bagai mana nak masak tomyam? caranya mudah sekali pertama kena sediakan bahan-bahann untuk resepi tomyam udang kita dulu.

resepi tomyam

Bahan-bahan :

-   12 ikur udang size pertengahan (buang kulit dan mencucikan dulu)

-   10 keping Cendawan tiram

-    5 batang serai

-    3 helai daun limau purut

-   1 sudu kecil garam  

-   2 sudu besar sos ikan

-   3 sudu besar limau nipis 

-   6 biji cili padi merah (tumbukan sedikit)

-   4 cawan air

-   daun ketumbar (dihirus halus)

 

cara masak :

1 -

buangkan kulit udang tinggal ekurnya sehaja (untuk kecantikan) lepas tu hiriskan di atas belakang udang untuk mengeluarkan urat hitam (kalau tak nak buat pun tak pa)  Kemudian basuhkan candawa yang kita sedia tadi , potong kepada 4 bahagian dan siram kering.

2 -

.masukan air dalam periuk panaskannya sehingga mendidih . Kemudian masukkan serai, daun limau purut dan udang dan apabila udang  mula menjadi merah muda (sudah masak), masukkan cendawan yang hiris tadi dan masukan garam.

3 - 

Selepas air mendidih, kemudian matikan api. masukan sos ikan, jus limau nipis dan cili padi. kecap masam, manis, pedas kalau rasa dah ok tuang kedalam mangkuk tabur dengan daun ketumbar. dan sedia untuk makan bersama nasi panas - panas . hem sedap nyaaaa (tapi resepi tomyam udang ini bagi 2 orang saja).

 


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes