Memaparkan catatan dengan label Tumis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumis. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2011

Resepi pad priau wan,Tumis masam manis udang(Thai sour & sweet shrimp fry)




          Selepas belajar masak masakan-msakan yang pedas ,hari ini kita nak coba masak masakan yang tak pedas pula, iaitu Resepi pad priau wan,Tumis masam manis udang(Thai sour & sweet shrimp fry),ok! dah sedia,kita mulakan.


Bahan - Bahan :


* bahan untuk menggoreng udang
- 10 ekur udang size sederhana (dikupas dan dicuci),(Atau 350 gram daging lembu, dipotong kepinagan).
- 1 cawan tepung segera .
- 1 cawan air sejuk.
 - 1 biji telur.
- 1 / 2 tsp garam.
- 1 / 2 sudu kecil lada hitam debu .
- Minyak untuk menggoreng. 


* bahan tumis 
- 2 buah tomato (di potong kepingan).
- 1 labu bawang besar(dipotong kepingan).
- 1 biji timun (dipotong kepingan).
- 2 biji lada besar (dipotong kepingan).
- 1  sudu besar Sos ikan.
- 1 sudu besar gula.
- 4 ulas bawang putih, cincang.
- 1 sudu besar cuka.
- 1,5 sudu besar Tepung jagung (dicampur dengan air untuk membubarkan).


cara memasak :


1 - Dalam mangkuk besar, campurkan garam, bawang putih dan lada hitam dengan tepung. Tuangkan telur ke dalam air dan gaulkan sehingga seisi.


2 - Celupkan udang (atau lembu) ke dalam tepung yang disediakan tadi. kemudian digoreng sehingga garing. Diletak di atas kertas penyerap, dan sedia untuk langkah seterusnya.


3 - Panaskan minyak dalam periuk . tumiskan bawang putih dan kacau sehingga keemasan. Kemudian masukkan timun, bawang dan gorengkan sehingga hampir masak, kemudian tambah tomato bersama.


4 - Masukan udang goreng (atau lembu goreng), cuka, sos ikan dan gula secukup rasa (rasa  tradisional ada manis, masam dan masin bersama).


5 - Apabila campuran mula mendidih. masukan air tepung yang disediakan. teruskan kacau supaya tepung yang dimasukan itu tidak berketul-ketul. kemudian tutup api dan tuang kedalam pinggan dan hidangkan segera besama nasi panas,tabahan sikit,pad priau wan ni kalau kita nak masukan Nanas pun boleh jada lebih sedap lagi.






Isnin, 19 September 2011

Resepi Kra Prou Kai atau pun Ayam Goreng Kemangi (Chicken Fried with Basil)





Resepi Kra Prou Kai atau pun Ayam Goreng Kemangi satu masakan lagi yang popular di thailand , Ayam Goreng Kemangi ini sentiasa di makan bersama telur goreng.


bahan-bahan :


- 1-1 / 2 cawan Ayam (di potong halus-halus).
- 2-3 ulas bawang putih (ditumbuk).
- 4-5 biji cili padi (ditumbuk kasar).
- 1 / 2 cawan duan Kemangi.
- 2 sudu sos tiram.
- 1 sudu sos perasa.
- 2 sudu besar kicap.
- 2 sudu kecil gula.
- 3 sudu minyak.
- 1 cawan nasi yang dimasak.
- 1 biji telur goreng.


cara memasak :


1. letak kuali masukan miyak, tumiskan bawang putih dan lada tumbuk ,kacau ,Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam mula masak.


2. masukan kicap, sos tiram dan gula . Kacau sehingga bahan-bahan bersama-sama.


3. Masukan daun kemangi dan kacau lebih kurang 30 saat. tuang kedalam pinggan.ha sekarang Kra Prou Kai atau pun Ayam Goreng Kemangi dah sedia, makan bersam nasi dan telur goreng yand disediakan tadi.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes