Selasa, 20 September 2011

Resepi pad priau wan,Tumis masam manis udang(Thai sour & sweet shrimp fry)




          Selepas belajar masak masakan-msakan yang pedas ,hari ini kita nak coba masak masakan yang tak pedas pula, iaitu Resepi pad priau wan,Tumis masam manis udang(Thai sour & sweet shrimp fry),ok! dah sedia,kita mulakan.


Bahan - Bahan :


* bahan untuk menggoreng udang
- 10 ekur udang size sederhana (dikupas dan dicuci),(Atau 350 gram daging lembu, dipotong kepinagan).
- 1 cawan tepung segera .
- 1 cawan air sejuk.
 - 1 biji telur.
- 1 / 2 tsp garam.
- 1 / 2 sudu kecil lada hitam debu .
- Minyak untuk menggoreng. 


* bahan tumis 
- 2 buah tomato (di potong kepingan).
- 1 labu bawang besar(dipotong kepingan).
- 1 biji timun (dipotong kepingan).
- 2 biji lada besar (dipotong kepingan).
- 1  sudu besar Sos ikan.
- 1 sudu besar gula.
- 4 ulas bawang putih, cincang.
- 1 sudu besar cuka.
- 1,5 sudu besar Tepung jagung (dicampur dengan air untuk membubarkan).


cara memasak :


1 - Dalam mangkuk besar, campurkan garam, bawang putih dan lada hitam dengan tepung. Tuangkan telur ke dalam air dan gaulkan sehingga seisi.


2 - Celupkan udang (atau lembu) ke dalam tepung yang disediakan tadi. kemudian digoreng sehingga garing. Diletak di atas kertas penyerap, dan sedia untuk langkah seterusnya.


3 - Panaskan minyak dalam periuk . tumiskan bawang putih dan kacau sehingga keemasan. Kemudian masukkan timun, bawang dan gorengkan sehingga hampir masak, kemudian tambah tomato bersama.


4 - Masukan udang goreng (atau lembu goreng), cuka, sos ikan dan gula secukup rasa (rasa  tradisional ada manis, masam dan masin bersama).


5 - Apabila campuran mula mendidih. masukan air tepung yang disediakan. teruskan kacau supaya tepung yang dimasukan itu tidak berketul-ketul. kemudian tutup api dan tuang kedalam pinggan dan hidangkan segera besama nasi panas,tabahan sikit,pad priau wan ni kalau kita nak masukan Nanas pun boleh jada lebih sedap lagi.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes