Sabtu, 17 September 2011

Resepi tomyam udang kuah pekat (delicious Thai Condensed Shrimp Soup Recipe )



           selapes saya sudah ajar resepi tomyam yang dulu , tapi itu toyam kuah jernih saja, yang saya nak ajar kali ini iailah toyam kuah pekat, tomyam kuah pekat ini agak berbeza sikit dengan tomyam kuah jernih kerana dimasukan susu dan pes cili ,nak tahu tak ?rasa berbeza macam mana tu anda kena coba buat sendiri lah he2.






Bahan - Bahan :


-  2 pokok serai.
-  1 cm halia
-  1 pokok ketumbar.
-  5 biji cili padi.
-  5 daun limau purut.
-  1 sebuah Tomato.
-  5 keping Cendawan jerami .
-  5 keping cebdawan tiram.
-  10 ekur Udang.
-  1 sudu besar pes cili.
-  2 sudu besar Jus lemon .
-  1 sudu besar setengah sos ikan.
-  1 senduk susu
-  1 liter air.



cara memasak :


1 -


- Langkah pertama  ambil serai dan ketukan sedikit kemudian dipotong  kira-kira 1 inci. lepastu hiriskan halia menjadi kepingan kira-kira 5-7 keping (tak tebal sangat pun tak pa). dan daun Ketumbar dihiris halus, tapi akar ketumbar diketuk sedikit. 5 biji cili padi pun sama  juga diketuk, tomato dipotong empat, cendawan jerami dipotong dua, cendawan tiram dikoyak dua,dan daun limau purut dikoyak empat,kemudian bersihkan udang, buang kulit ,buang urat hitam diatas belakang( ikur tak kena potong untuk kecantikan). tapi ingat semua sayur-sayuran perlu dibersihkan dulu sebelum dipotong.

2 - 

- Langkah kedua. isikan air 1 liter dalam periuk dan panaskan periuk dengan mengguna api kuat, lepas tu masukan serai yang teleh diketuk dan halia yang telah dihiriskan tadi dan masukan akar ketumbar yang telah diketuk bersama juga. dan apabila air mendidih masukan kedua-dua jenis cendawan besama dengan udang, tunggu sampai air mendidih pula. apabila air mendidih samarkan api menjadi sederhana, masukan perasa yang disediakan, sos ikan ,jus limau nipis, kacau sati kali, kemudian masukan pes cili ,kacau merata lepas tu kuatkan api sekali lagi ,masukan tomato, cili, daun limau purut, dan apabila air mendih tutupkan api selalu.kemudian masukan sesenduk susu beransur-ansur dan mengacaukan sekali lagi, kemudian angkat periuk tungkan kedalam mangkuk tabur dengan duan ketumbar.akhir sekali makan lah he2, makan bersam nasi panas sedap sekali.

1 ulasan:

zarinabachok berkata...

nampak sangat menyelerakan!nak cuba lah... tapi nak tanya satu soalan la chef. memang tak perlu letak bawang ye?

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes